Sunday, December 1, 2013

1 Jun 2023

Assalamualaikom dan Selamat Sejahtera

Kami menawarkan 7  homestay untuk anda iatu 1) H.Fatin, 2) H.Nurul 3) H.Arif 4) H.Helmi 5) H.Hafiz  6) H.Fairuz 7) Homestay Iqbal . Pilihlah berdasarkan gambar-gambar yang telah kami muat turunkan. . Pengunjung dikehendaki membaca dengan teliti akan semua maklumat yang dinyatakan. Sekian, terima kasih.

1. Pintu Masuk Ke Homestay Fatin ( Corner lot )





2. Homestay Nurul





3. Homestay Arif (Intermediate-Merah)





                           4. Homestay Helmi (Intermediate-Biru)







5. Homestay Hafiz (EndLot)





6. Homestay Fairuz (Intermediate)





7. Homestay Iqbal (Intermediate)









Salam untuk semua...


Selamat Datang ke Homestay Telok Kemang. Port Dickson Kami menyediakan 8   unit homestay untuk anda iaitu 

1. Homestay Fatin , No 688, Jalan Politeknik 12, Taman Politeknik, Teluk Kemang. NS
2. Homestay Nurul , No 1122, Jalan Politeknik 23, Taman Politeknik, Teluk Kemang. NS
3. Homestay Arif, No 690, Jalan Politeknik 12, Taman Politeknik, Teluk Kemang. NS
4. Homestay Hilmi, No 687, Jalan Politeknik 12, Taman Politeknik, Teluk Kemang. NS
5. Homestay Hafiz, No 1123, Jalan Politeknik 23, Taman Politeknik, Teluk Kemang. NS
6. Homestay Fairuz, No 1121, Jalan Politeknik 23, Taman Politeknik, Teluk Kemang. NS.
7. Homestay Iqbal di No 692Jalan Politeknik 12, Taman Politeknik, Teluk Kemang. NS

Homestay Fatin, Arif , Helmi dan Iqbal terletak sebelah menyebelah di Jalan Politeknik 12. 

dan Homestay Hafiz /Fairuz/Nurul  terletak di Jalan 23, Taman Politeknik. 




 Kami bangga kerana dapat menyediakan perkhidamatan ini untuk anda. Berteraskan rumah teres setingkat 3 bilik dengan 2 bilik mandi, Pastinya keselesaan pengunjung menjadi keutamaan kami. Semua Homestay ini sesuai hanya untuk 1 atau 2 famili sahaja  .


Alhamdulillah dengan sedikit lebihan simpanan, peralatan dan kelengkapan homestay ini telah ditingkatkan demi kemudahan kepada para tetamu. Hasil yang diperolehi dipulangkan kepada tetamu semula dengan cara menambah dan menaik taraf peralatan di homestay kami. 

Alhamdulillah rezeki Allah melimpah untuk semua, samaada kepada pengunjung ataupun kepada kami.
Manusia...rambut sama hitam, hati lain-lain. Ramai yang menyenangi, ada juga yang tidak puas hati...Kami akur bahawa kami tidak mampu menyediakan segalanya dengan sempurna dan dapat memuaskan hati semua tetamu yang berkunjung. Unit homestay kami tidak bertaraf 5 bintang, ada cacat celanya. Tapi yang kami cuba sediakan adalah yang terbaik semampu kami dan seadanya yang sama nilaian dengan RM250 - RM280 semalam, pada kami dan berdasarkan maklumbalas yang diterima dari sebahagian besar daripada tetamu menyatakan apa yang disediakan adalah amat berbaloi dan berpatutan. Kepada bakal tetamu yang mengharapkan unit kondominium kami ini seperti luxury suite hotel 5 bintang- kami mohon berbanyak-banyak kemaafan.

Kami bersyukur kepada hadrat Illahi dan berterima kasih kepada para tetamu yang budiman sekelian kerana telah sudi menjadi tetamu di Homestay kami. Mudah-mudahan tuan/puan serta keluarga sentiasa mendapat rahmat dariNya.

Saya juga ingin mengucapkan penghargaan dan rasa terima kasih kepada para penduduk di Taman Politeknik kerana menerima tetamu-tetamu kami sebagai penduduk sementara di sini.
Kepada rakan-rakan homestay di seluruh Malaysia - selamat maju jaya untuk semua - InsyaAllah rezeki Allah melimpah untuk semua. Layanilah semua tetamu kita sebagai Tetamu Allah.

Kepada yang pernah bertamu dan kepada bakal tetamu - terima kasih tak terhingga di atas sokongan yang diberikan. Kunjungan tuan/puan kami nantikan.

Mohon jutaan kemaafan sekiranya ada yang terkurang atau tidak selesa.
Terima kasih, Jumpa lagi....

Wassalam
Puan Ropiah bt Puteh
019-2809693

En Anuwar bin Abani
019-2778052